Tuesday, 17 September 2013

Kuih Keria

Salam buat blogger semua...

Setelah sekian lamanya tak meng'upload'kan sebarang idea kat blog ni... Hehe...

Hari ni nak share buat kuih tradisional. Kuih keria.

Sebab pagi tadi buat kuih keria ni.. So, dah lama xberblog ni,kan... Teringat la plak nk share kuih ni...


Ha, gambar menceritakan segalanya... Ceh, ayat... hehehehe..

Sebab keledek ni je yang ade kat rumah, so Tini buat la keria ungu...

Resepi: Kuih Keria

Bahan-Bahan:
Keledek-ada pelbagai jenis, boleh pilih ikut suka
Tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
Gula
Air

Cara-Cara:
1) Rebus keledek sehingga lembut. Kemudian, toskan hingga sejuk.
2) Dah sejuk keledek tadi, buangkan kulitnya.
3) Lecek keledek hingga hancur. Tambahkan tepung gandum secara sikit-sikit.
    Tepung gandum boleh ditambah hingga adunan keledek boleh dibentuk tanpa melekit pada tangan.
4) Bentukkan bulat, tekan dan lubangkan ditengah supaya jadi macam cincin.
5) Dah siap, gorengkan atas minyak yang dah panas hingga garing.
6) Yang terakhir, untuk salutan gula boleh guna kuali yang kering tanpa minyak. Masukkan gula ke dalam kuali bersama sedikit sahaja air kemudian baru pasangkan api dapur. Kacau gula dan air hingga gula cair dan likat. Tutupkan api, masukkan semua kuih yang telah siap digoreng. Siap...

Senang je kan... Hehehe.. Ni la kuih paling senang nak buat..
Ape lagi, jom cuba.

Wassalam.




Tuesday, 10 January 2012

Resepi Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan:-
1 pek spaghetti (direbus dgn sikit garam n butter)
500g daging hancur - cuci bersih dan tos
1 biji bawang Holand - potong dadu
5 ulas bawang putih - hiris nipis
3-5 biji cili api - hiris nipis (optional kpd sape2 suka pedas)
3 biji tomato - potong dadu
1 kiub lembu @ air rebusan daging (optional)
1/2 batang lobak merah - dikisar halus
1/2 batang saderi dikisar halus
1 botol sos tomato siza kecil
Sedikit sos cili
1 tin cendawan butang - dihiris nipis
Sedikit serbuk oregano
Beberapa helai Daun Bay
Sedikit thyme
Minyak zaitun
Gula dan Garam secukup rasa
Sosej (optional)

Cara-cara: -
1) Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang Holand dan bawang putih. Digoreng sekejap.
2) Masukkan daging dan digoreng hingga air daging tadi kering.
3) Kemudian masukkan semua bahan yg tinggal. Masuk sedikit air utk menambahkan kuah.
4) Masak hingga kuahnya kering sedikit atau mengikut kepekatan yg anda sukai.
5) Kalo suka cheese, tuangkan cheese atas spaghetti atau cheese digaul bersama spaghetti lepas direbus dan ditos.
6) Boleh dihidang dan sesuai utk dimakan dalam 5 hingga 8 orang.




Thursday, 29 December 2011

Khasiat Koko@Coklat


Mungkin benar apabila dikatakan bahawa koko dan coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya. Walau bagaimanapun, ia menyumbang kepada pemakanan yang seimbang. Kandungan lemak dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.

Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.

Walau pun telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium dan lain-lain 'minerals' dan vitamin-vitamin.

Kesan antioksida poliphenol dalam koko :
Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :
Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :
Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Koko melambatkan proses penuaan :
Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.


Sumber: Lembaga Koko Malaysia

Tuesday, 27 December 2011

Resipi Nasi Goreng Tom Yam

Bahan-Bahan (2 orang):
2 pinggan nasi putih (agak2)
2 sudu besar Pes Tom Yam
Ayam dipotong kecil
Sayur kesukaan anda
(sy guna lobak merah & batang saderi)
2 sudu besar cili kering yg dikisar
1 biji bawang besar (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 biji tomato (optional)
1 batang Serai (optional)
1 biji Telur
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

Cara-cara:
1) Panaskan minyak. Gorengkan ayam sehingga 3/4 masak. Ketepikan.
2) Masukkan bawang besar & bawang putih yg telah dihiris nipis dan digoreng hingga naik bau.
3) Kemudian, masuk cili kering dan pes tom yam. Masak hingga pecah minyak.
4) Masukkan garam. Selepas itu, telur jugak dimasukkan.
5) Gorengkan sebentar sehingga bahan2 tadi masak. Kemudian dimasuk serai.
6) Nasi putih diletakkan dan digaul rata. Boleh rasa kecukupan garam tadi.
7) Akhir sekali, masuk la tomato,sayur2 kesukaan anda.